PENGENALAN
Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada
zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian
manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan
tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk
kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan
memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan
maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu
memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga
berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan
datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia
kerana ia mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability),
keupayaan storan (storage capability), produktiviti (productivity),
membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai kesimpulanya,
komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan
keputusannya tepat.
SEJARAH PENCIPTAAN KOMPUTER
Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat
perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer.
Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik,
kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu
telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur,
tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan
China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal merupakan
seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun
1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan
mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun
1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra True/False.
Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada
penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli
matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference Engine”
yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau
telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical Engine”
yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya
mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine”
mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti
input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina
arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau merupakan
pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical
Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau
juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya
menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat yang boleh
memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan
banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika
Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan
Babbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin
Babbage menggunakan kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah
memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan
terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah
untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi
trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan
panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi
yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada
750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500
batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza.
Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk
memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J.
Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang
boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada
hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff
dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan
elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala
Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan
komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And
Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan
umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan
secara komersil.
PERMULAAN ERA KOMPUTER.
Dari zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa lebih kurang 40 tahun.
GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)
Pada tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford
Berry telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang
pertama. Komputer tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer).
Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC
(Electronic Numerical Integrator And Calculator) pada tahun 1945. ENIAC
boleh melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2
tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery
Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal Automatic Computer)
dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama yang digunakan
untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh Biro
Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub
vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan
menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan
berat. Komputer ini juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu
sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1
(bahasa peringkat rendah). Keupayaan storan komputer pada generasi
pertama ini adalah diantara 8000 hingga 20000 aksara. Manakala,
pengiraannya pula dilaksanakan dalam “microseconds”
GENERASI KEDUA (1959 - 1961)
Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu
peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi
menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah singkatan bagi
TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang dicipta ialah DEC PDP-8, IBM
7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr
berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang menggunakan
tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat
dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik
yang kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama.
Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN
(1954) dan COBOL (1959). Manakala keupayaan storannya terus meningkat
iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan bekas cakera yang
boleh digerakkan (removable disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan
dalam “microseconds”.
GENERASI KETIGA (1965 - 1970)
Komputer pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu
iaitu litar elektrik yang mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi
menggantikan transistor. Harga cip yang murah menyebabkan perkembangan
alat elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer
ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip
silikon yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip
ini lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang
dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE II, IBM PC,
Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil
daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep
multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa aturcara boleh
dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini
meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan
dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan di mana
pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini
menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer
diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi
ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)
Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh
dipercayai. Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi
ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan untuk membina
ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan
teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang digelar
mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses mengantikan litar
bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin
kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula
dijual pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini
adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel 80386, cip
Intel 80486 (mengandungi 1.2 juta transistor yang berukuran 0.4" x 0.5"
dan berupaya melaksanakan 15 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium
(mengandungi 3.1 juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta
arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5 juta transistor
yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium
Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri
yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil,
penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama
dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus
meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan pengiraan dilaksanakan
dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100 kali lebih kecil
daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih
berkuasa daripada ENIAC.
GENERASI KELIMA
Komputer
generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih
belum diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah
dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat
penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang paling banyak
membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina komputer yang
lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence), sistem
pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan
terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus
meningkat dengan pesat.
PENGELASAN KOMPUTER
Pengelesan komputer adalah mengikut kepada ukuran fizikal dan
keupayaannya iaitu, seperti superkomputer, komputer kerangka utama, Mini
komputer dan mikrokomputer.
SUPERKOMPUTER
Superkomputer atau nama lainnya kerangka utama yang besar.
Perkembangannya terhad kepada beberapa ratus unit sahaja di seluruh
dunia. Ini kerana harganya yang amat mahal. Superkomputer mempunyai unit
pemprosesan pusat yang kompleks dengan keupayaan yang sangat pantas. Ia
juga boleh memproses berbillion arahan per saat (BIPS). Ia digunakan
khas bagi menyelesailkan masalah saintifik yang rumit dan canggih,
contohnya CRAY I, CRAY II, CRAY III, dan CDC CYBER205.
KOMPUTER KERANGKA UTAMA
Komputer Kerangka Utama yang pertama diperkenalkan sejak tahun
40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan lain-lain lagi. Komputer jenis
ini kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang besar dan pusat
pengajian tinggi. Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan memproses
sejumlah data yang banyak dengan pantas dan tepat, berupaya memproses
data pada kelajuan yang tinggi dan berjuta-juta arahan per saat (MIPS).
Ia juga membenarkan komputer dikongsi oleh beratus-ratus pengguna pada
satu masa.
MINI KOMPUTER
Mini Komputer pula adalah
lebih perlahan, berkeupayaan storan yang kurang dan lebih murah
daripada komputer kerangka utama. Kebanyakannya dimiliki oleh gedung
perniagaan, jabatan awam/swasta dan institut pengajian tinggi. Mini
Komputer juga menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
Contohnya adalah seperti HP 3000, SEQUENT dan lain-lain lagi.
MIKROKOMPUTER
Mikrokomputer atau Komputer peribadi pula mempunyai saiz yang
kecil seperti desktop atau laptop. Ia diperkenalkan buat kali pertama
pada pertengahan tahun 1970-an. Mikropemproses adalah menjadi asas bagi
mikrokomputer. Penggunaan mikrokomputer semakin meluas. Supermikro atau
stesen kerja (workstation) telah diperkenalkan. Ia merupakan sambungan
di antara mikrokomputer dan mini komputer yang berkeupayaan menggunakan
konsep multiprogramming dan multiprocessing
Tidak ada komentar:
Posting Komentar